
pagi ni, tepat pukul 6.00 pagi, aku bangun. tak pernah2 aku bangun awal tu...sejak sem 2 bermula la. dulu2 selalu jer. sebabnya aku nak berjogging dengan chuan n the geng...hahah!!! apa lagi tepat 6.30, chuan dah turun kat bawah. aku turun lambat skiiit jer...6.40. tttteeetttt.....disebabkan die kate nak bawak kawan, aku pun tertunggu2 la, sape la mamat ni nak bawak, alih2 die bawak norm...laaaa....aku ingat sape la die nak bawak. jadi selepas berkumpul di kafe TDI, kami pun memulakan perjalanan berjoging di sekitar tasik depan G3 tu. mula2 streching, cewah!!segan2 pulak encik chuan ni....kejang karang, sape nak tolong....pastu bermulalah pelarian kami. lari punya lari, separuh pusing jer, aku dah berenti....penat. nampak sangat dah lama tak bersenam, ~=.=''~....pastu chuan lak berenti..same jer dua2...akhirnya norm jugak yang tabah meneruskan pe'jogging'annya sebanyak dua pusingan. lepas tu kami pun berjalan satu pusingan kat track yang dekat ngan KKTF n TDI tu dan singgah duduk di wakaf. berbual2, gossip2 pasal lecturer, pasal subjek yang susah la, n macam2 la termasuk la pasal lecturer aku semalam..tteettt. memang dasar kaki gossip, mane2 pun jadi jer nak bergossip.

~bersenam mulut selepas berjogging~

~mengambil pemandangan pagi..ttteettt~
selepas sejam senaman mulut, kitaorang pun melancarkan aktiviti seterusnya. apalagi...MAKAN!!!!wahahah!!!makan bubur ayam..sedap punyer!!duduk2 dengan kak liza, berbual pasal subjek, n lecturer kegemaran..tteettt....hahah!!!dan aku akhiri sarapan hari ni dengan sebiji pisang, sebiji lagi ade atas meja dalam bilik..hehehe..pisang ni banyak khasiatnye, tapi aku pernah baca dalam satu majalah kesihatan, pisang tak elok kita makan selalu, paling banyak pun, sehari sebiji. kalau tak silap kerana khasiatnya kot. kalau makan terlalu banyak, tak elok juga, (buku tu yang kata, aku bedal jer)..hehehe...

~sungguh enak dimakan begitu saja~
No comments:
Post a Comment