
1) i'm an emotional person. ikhlas dan jujur mengakui. walau tak suke nangis, tapi bile dah start nangis, aku asyik nak nangis jer. sampai aku sendiri lemas. aku tak suke nangis, sebab pada aku, bila kita nangis..menandakan kita ni tak cukup kuat, tak tabah, dalam perkataan yang mudah...lemah. sebab tu aku tak suke nangis dan aku akan nangis kalau aku dah rase sakit sangat. tak mampu nak pendam n tahan lagi dah. dan oleh sebab itulah kalau aku nangis sebab disakiti oleh orang yang tak sepatutnya, aku boleh membenci mereka. tersangat membenci sehingga aku tak nak tengok langsung muka mereka....so beware...hehe..

2) aku mudah menyukai seseorang, dalam specificnya...fall in love lah....ish, geli la pulak. dulu mase muda2, miang keladi lagi, memang sangat mudah. nampak hensem skit,suke la. kiut skit,i like!! tapi bila usia makin menginjak, aku mula sedar, kepentingan sebenar cinta tu. bukan untuk mereka yang belum tentu, tetapi untuk yang sentiasa berada di sisi kita sejak dulu lagi. kerana, yang akan mendapat cinta yang 'belum tentu' itu telah ditetapkan oleh-Nya sejak azali lagi. namun begitu, gedik-gedik taik itik tu ade lagi. walau sekarang bukan mudah untuk aku kate...'die tu hensem la' atau 'comelnye mamat tue' , aku tetap akan jumpe mereka yang akan aku kate hensem dan kiut. selalunya mereka-mereka ni orang yang rapat dengan aku. mula menyukai...mula ambil berat dan mula rapat. tapi aku tak rase wujud istilah CINTA disitu, kerana aku pun tak tau, ape rase cinta tu...dan bila dah jadi camni, masalah la pulak. aku akan teramat caring dengan orang tu sebab takut disakiti. dan bila disakiti aku akan mula membenci. membenci sehingga aku gelapkan segala kenangan dan persahabatn kitaorang dulu. sebab itu lah aku tak suka nak jatuh2 suke kat orang nie. sebab 'mudah jatuh suka, akhirnya mudah membenci'...lebih baik kawan2 jer....kalau dah benci, takde maknenyer nak kawan2.....**bahaya la aku nie....
3) 'hot temper' + 'sulking'..ni memang sebahagian dari diri aku. senang jer nak berangin...pastu senang jer nak merajuk..bende sikit pun nak angin...nak merajuk..tapi bila dah matang sikit nie*matang ke?...aku boleh handle lah 'hot' aku tu...tapi...merajuk tu memang susah...tah nape tah...tapi aku akan merajuk dengan orang yang aku sayang jer...orang-orang yang aku rase mereka rapat dan dekat dengan aku...hik2!!!
4) sebab tu, bile umur semakin dewasa, aku mengajar diri untuk menjadi lebih matang. bijak tangani masalah. walau kadang-kadang aku kalah, teteapi terima kasih kepada mereka yang membantu kau untuk terus tabah. ini mereka yang aku sayang...keluarga dan rakan-rakan....
6) ''jangan mudah mengalah''..itu pegangan aku setiap kali memalui deras-deras cabaran kerana cabaran itu mengajar kita untuk menjadi bijak, berani dan kreatif dalam hidup yang semakin mencabar nie.
~akhir kata....dah takde nak kate ape-ape dah...hehe....~

"sebagai manusia...aku sayang padamu"
** mula-mula nak publish waktu tengahari tadi, tapi disebabkan kekangan, aku publish bende ni di malam hari.
No comments:
Post a Comment